Keluhan: 1️⃣ Tangan tak boleh angkat 2️⃣ Jari jemari tak boleh genggam Kejadian pada 29 Ogos 2023 Semalam kawan ofis minta tolong rawat masalah yang dialami. Boleh pula lupa. Kawan diam je 😄. Pastu pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat, teringat kat kawan minta tolong semalam. Aduhai... masalah lupa dah jadi biasa dengan sy sekarang. Huhu... Ok... tadi panggil kawan masuk bilik dan buat rawatan. Syukur... hasilnya positif. Sy rakam untuk perkongsian bersama. Semoga bermanfaat pada pembaca. Sy sangat suka dan jatuh cinta dengan totok punggung (bahasa indonesia) atau di Malaysia kami panggil getaran saraf di tulang belakang ni kerana sangat mudah nak bantu permasalahan yg dialami klien. Seperti video yg anda lihat, sy rawat cuma di bahu, belikat dan bahagian belakang (jika perlu) sahaja. Tak guna minyak pun. Tak buka baju pun. Tak lama pun tadi. Sebagai terapis, kita akan buat sampai dapat hasil. Tadi sy buat tak lama untuk 2 masalah tu kerana ini bukan terapi penuh. Tapi kesannya tetap amazing! Boleh cuba terapi ini. Dah ramai terapis belajar ilmu totok punggung ni. Boleh cari di kawasan anda 🙂 Nikmat kesembuhan hasil dari rawatan tadi Tuhan yang kurniakan. Alhamdulillah... Tuhan sayang kita semua ❤️ #trainer #totokpunggung #terapis #urutan #ladyyanabeautywellness

Comments
Post a Comment